Search This Blog

Serina Chef Wan Guna Gambar Palsu Untuk Promosi Produk Kesihatan?


Agak pelik juga bagaimana gambar bukan orang sebenar boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk melariskan produk masing-masing. Sekitar November 2012, Serina Chef Wan telah meng”upload” gambar sebelum dan selepas seorang lelaki yang dikatakan telah menggunakan sebuah produk menguruskan badan.
serina kantoi

Agak memalukan apabila tuan punya badan di dalam gambar telah muncul dan memberikan komen yang menyatakan yang dirinya tidak pernah mengambil mana-mana produk. Jadi ini bermakna gambar yang digunapakai oleh Serina untuk mempromosikan produk kesihatannya adalah palsu.
serina kantoi
Mengikut info di Forum Cari, laporan polis telah pun dibuat oleh tuan punya gambar untuk melindungi haknya. Pada pendapat Kijang Galah, kebanyakan gambar untuk promosi disediakan oleh syarikat terbabit. Serina Chef Wan hanya meng”upload” gambar yang diberi untuk tujuan promosi. Apa pun kita tunggu penjelasan daripada mereka yang terbabit dalam hal ini.
SES by business degree online promotion team.