Search This Blog

Loading...

Kisah Pelik : Pokok Tumbang Jadi Bengkok Daripada Terkena Kereta Ustaz


koleksi gambar pelik
Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain membeli kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita kan.
Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam keadaan ingin tahu itu, dia tetap redha kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat.

Mohon Pendapat Dan Penjelasan Para Blogger Sekalian : Alkisah Seorang Blogger

blog yang telah tiada

Alkisahnya tersebut di suatu masa dahulu kala wujudlah seorang blogger ni yang telah mewujudkan satu blog. Berbekalkan webhosting daripada NetKL dia mula blogging mengikut cita rasanya sendiri.

Sudah kesekian lamanya beliau menjalani kehidupan sebagai seorang blogger dikala usia mudanya, beliau pun mengambil keputusan untuk menjalani kehidupan realitinya sebagai seorang manusia biasa diluar sana. Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang manusia dengan mencari rezeki yang halal.

Blognya ditinggalkan bersama kenangan alam mayanya di dalam blog tersebut. Nak dijadikan cerita, takdir penentu segalanya. Setelah sekian lamanya, blogger ini bertemu semula dengan alam maya yang pernah memberikan pahit manis kehidupan sebagai seorang blogger tegar.

Tapi malangnya blog blogger ini telah lama tidak dibayar webhosting bersama domain nya. Malang tidak berbau, begitulah perumpaan yang sesuai kerana blognya telah tiada lagi dialam maya ini. Blogger ini telah pergi LogIn semula di NetKL dan menemukan semula blog beliau yang tertunggak bilnya.

Persoalannya disini :-
  • Adakah patut blogger ini membayar semula blog lama beliau yang tertunggak bilnya yang tidak diketahui jumlah tahunnya? 
  • Apakah blogger ini akan dapat semula blogging dengan blog lama beliau setelah beliau membayar bil tertunggak di NetKL?
  • Adakah blogger ini akan menerima semula data-data entri blog lama beliau daripa webhosting NetKL ini?
  • Masihkah NetKL menyimpan data-data blog beliau?
Harapan blogger ini adalah hendaknya yang dapat membantu beliau. Terima Kasih.

bantuan blogger webhosting netKL

Koleksi Gambar Umie Aida Di Istanbul Hijab Kekasih : Cantik Berhijab


umie aida bertudung
Pada 26 Disember lalu, pelakon cantik Datin Paduka Umie Aida telah terbang ke Istanbul bersama kakaknya yang juga pengarah terkenal, Erma Fatima. Menerusi ‘caption’ di salah sebuah foto yang dimuat naik oleh Umie Aida, beliau telah memaklumkan bahawa mereka ke Istanbul bagi menjalani sesi penggambaran cerita ‘Hijab Kekasih.’
Untuk cerita ‘Hijab Kekasih’ ini, Umie Aida bakal digandingkan dengan pelakon kacak, Beto Khusyairi. Untuk cerita ini penampilan Umie Aida kelihatan sungguh berbeza dan anggun tatkala menggayakan hijab.
Penampilan berhijab Umie Aida ini turut menarik perhatian peminat dan ramai yang memuji penampilan beliau. Terdapat juga peminat setia yang mendoakan agar pelakon ini terus berhijab meskipun bukan di dalam lakonan.
Jom lihat foto-foto Umie Aida sepanjang berada di Istanbul. Enjoice!!

Koleksi Gambar Comel Bayi Amanda Misbun Dan Hunny Madu


eva and ayesha (hunny madu dan amanda misbun)
Pada bulan Disember yang lalu, dua selebriti tempatan iaitu Hunny Madu dan Amanda Misbun telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka dan masing-masing melahirkan bayi perempuan.
Dalam pada itu, kedua-dua ibu bertuah ini turut melahirkan bayi mereka pada tarikh yang cukup cantik untuk diingati iaitu pada 12.12.12 dan 20.12.2012.
Untuk makluman, Hunny Madu dan suaminya, telah memberikan nama untuk bayi comel mereka sebagai Eva Medina, manakala untuk bayi comel pasangan Amanda Misbun pula diberikan nama sebagai Qisya.
Jom layan foto-foto comel Eva Medina dan Qisya selepas ini.

Gosip Shaheizy Sam Mencari Wanita Yang Tidak Suka Memaksa Untuk Dijadikan Calon Isteri


koleksi gambar shaheizy sam
Ini bukan kali pertama pelakon popular Sheheizy Sam diaju soalan berkaitan jodoh. Malah menurut Sam, dirinya sendiri sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, cuma calon yang betul-betul sesuai sahaja belum ditemui.
“Tahun ini, memang saya ada rasa nak berkahwin dan seterusnya memiliki anak yang ramai. Biar 12 orang sekali pun saya tak kisah, jika itulah rezeki saya. Lagipun saya memang suka melayan kerenah kanak-kanak.”
SES by business degree online promotion team.