Search This Blog

Gosip Hanis Zalikha : Sudah Ada Yang Mula Cemburu Dengan Hanis Zalikha?


Adat dunia hiburan. Asalkan popular sedikit, sudah pasti ada yang cemburu. Terkejut juga Kijang Galah membaca Pancaindera semalam apabila dikatakan Hanis Zalikha sudah di”aim” oleh seseorang untuk dijatuhkan. Adakah ini gara-gara populariti Hanis Zalikha yang naik mendadak sepanjang tahun 2012?
hanis zalikha
Untuk anda yang tidak tahu, Hanis Zalikha merupaka seorang blogger dan model sebelum menceburi dunia hiburan. Mula dikenali menerusi drama Memberku Hawa, Hanis Zalikha terus dilamar oleh TV9 untuk mengacarakan program Mad Markets. Mungkin kerana kemurahan rezeki Hanis Zalikha  ada pihak yang cemburu seperti yang ditulis di dalam Pancaindera semalam:-

Ini aku nak bagitau kau (Joyah) yang ada orang dah pangkah Hanis. Ini pangkah yang tak baik. Budak ni dah lama aim Hanis. Dengarnya dia pernah ada hubungan cinta dengan Hanis. Sama ada bekas kekasih atau tidak, aku tak pasti. Aku dengar dia ada pakwe lain tapi dah putus. Kau koreklah sikit cerita dia Joyah. Aku nak tahu sangat yang Hanis tue jenis propa atau macam mana.
hanis zalikha
Bagi Kijang Galah, tak perlulah nak cemburu-cemburu nie. Sudah memang tertulis rezeki Hanis Zalikha untuk jadi popular pada tahun 2012. Lebih baik yang ada niat nak jatuhkan Hanis Zalikha tue berusaha lebih keras untuk memajukan diri sendiri. Lagipun sepanjang Kijang Galah kenal Hanis Zalikha, memang orangnya sangat baik. Tak ada nak propa-propa pun. Simple je orangnya.
SES by business degree online promotion team.