Search This Blog

Ali XPDC – Niat Berubah Bukan Untuk Terlibat Dengan Politik


Mohd Ali Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Ali XPDC dikatakan telah mula berhijrah dan mula mendalami ilmu agama sejak tahun lalu.
Pada awalnya penghijrahan Ali adalah disebabkan oleh faktor usia yang sudah meningkat dan bukannya ada kaitan dengan sebarang aktiviti politik.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ali sendiri menrusi laporan Sinar Harian Online hari ini.
Ramai beranggapan penghijrahan saya adalah  untuk mendapatkan publisiti dan populariti namun persepsi itu saya anggap sebagai ujian dalam melakukan perubahan. Niat berubah adalah disebabkan faktor usia dan tidak dipengaruhi oleh pihak lain dan tidak berhasrat menceburkan diri dalam politik.
Dalam pada itu, Ali turut memaklumkan yang dirinya kini lebih selesa untuk menyanyikan lagu keagamaan dan berhasrat untuk menerbitkan sebuah album bergenra Islamik dan berniat untuk berkongsi agama bersama peminat-peminatnya.

SES by business degree online promotion team.