Menurut pelakon Eina Azman yang mula dikenali ramai sejak membintangi drama Mimpi Cinderella, dirinya dan hero drama tersebut iaitu Afiq Muiz tidak bercinta. Ini ialah lanjutan dari gosip yang tidak dapat dipastikan kesahihannya yang menyatakan pasangan ini dilihat keluar bersama dan bermesraan dalam cara yang memualkan di Sunway Piramid baru-baru ini.
Apabila empunya diri beria-ia menafikan mungkin juga ada kebenarannya. Bagaimanapun, tertarik juga kami kerana memang rajin sekali Eina Azman memuat naik gambarnya bersama Afiq Muiz di Twitter.
