Search This Blog

Berita Keterangan Zed Zaidi – Zarina Anjoulie Tidak Akan Dibenarkan Berlakon Sekiranya Didapati Bersalah


Sudah jatuh ditimpa tangga. Malang sungguh nasib si Zarina Anjoulie Lavocah ini. Presiden Seniman, Zed Zaidi hari ini berkata kepada Sinar Harian yang Zarina Anjoulie tidak akan dibenarkan berlakon sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah dalam perbicaraannya kelak.
zarina zed zaidi
Buat masa ini, Zarina Anjoulie telah pun digantung keahliannya daripada Seniman sehingga keputusan mahkamah dikeluarkan berkaitan kes dadahnya. Malah menurut Zed Zaidi, sekiranya ada pihak produksi yang mengambil Zarina Anjoulie walaupun didapati bersalah di dalam perbicaraaan, produksi tersebut boleh diambil tindakan.

Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan. Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli. Secara automatik, nama artis yang sudah dipecat Seniman akan dibuang daripada senarai FINAS. Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas. Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan.
zed zaidi
Memang nampak ketegasan Zed Zaidi dalam menangani isu dadah ini. Kepada artis lain yang ada niat untuk berjinak-jinak dengan dadah, lupakan je lah. Kang tak pasal-pasal tak dapat berlakon lagi. Kepada Zed Zaidi, dah habis isu dadah nanti apa kata cuba selesaikan masalah dedah pulak.
SES by business degree online promotion team.