Search This Blog

Mohon Pendapat Dan Penjelasan Para Blogger Sekalian : Alkisah Seorang Blogger

blog yang telah tiada

Alkisahnya tersebut di suatu masa dahulu kala wujudlah seorang blogger ni yang telah mewujudkan satu blog. Berbekalkan webhosting daripada NetKL dia mula blogging mengikut cita rasanya sendiri.

Sudah kesekian lamanya beliau menjalani kehidupan sebagai seorang blogger dikala usia mudanya, beliau pun mengambil keputusan untuk menjalani kehidupan realitinya sebagai seorang manusia biasa diluar sana. Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang manusia dengan mencari rezeki yang halal.

Blognya ditinggalkan bersama kenangan alam mayanya di dalam blog tersebut. Nak dijadikan cerita, takdir penentu segalanya. Setelah sekian lamanya, blogger ini bertemu semula dengan alam maya yang pernah memberikan pahit manis kehidupan sebagai seorang blogger tegar.

Tapi malangnya blog blogger ini telah lama tidak dibayar webhosting bersama domain nya. Malang tidak berbau, begitulah perumpaan yang sesuai kerana blognya telah tiada lagi dialam maya ini. Blogger ini telah pergi LogIn semula di NetKL dan menemukan semula blog beliau yang tertunggak bilnya.

Persoalannya disini :-
  • Adakah patut blogger ini membayar semula blog lama beliau yang tertunggak bilnya yang tidak diketahui jumlah tahunnya? 
  • Apakah blogger ini akan dapat semula blogging dengan blog lama beliau setelah beliau membayar bil tertunggak di NetKL?
  • Adakah blogger ini akan menerima semula data-data entri blog lama beliau daripa webhosting NetKL ini?
  • Masihkah NetKL menyimpan data-data blog beliau?
Harapan blogger ini adalah hendaknya yang dapat membantu beliau. Terima Kasih.

bantuan blogger webhosting netKL

SES by business degree online promotion team.