Search This Blog

Gosip Resolusi Selebriti Malaysia Pada 2013

Apakah Resolusi Selebriti Malaysia Pada 2013?


Pejam celik pejam celik bagai tak terasa waktu yang berlalu. Sedar tak sedar, tinggal sehari sahaja lagi kita akan berada dalam alaf 2013 yang bakal membuka lembaran baru dalam hidup setiap insan seni.

Namun pastinya, setiap kali menjelma tahun baru semua orang mahukan yang terbaik untuk masa yang mendatang demi menebus segala yang tidak terlaksana atau tercapai bagi tahun sebelumnya. Tidak terkecuali di kalangan selebriti-selebriti tanah air kita dalam usaha mereka melayari dan mengembangkan kerjaya seni mereka.

Ikuti temubual bersama beberapa selebiriti tempatan tentang azam baru yang mereka impikan untuk tahun 2013 ini :


Penyanyi, Shila Amzah

Syukur Alhamdulillah, azam 2012 saya untuk membuat persembahan di atas pentas yang besar seperti AJL (Anugerah Juara Lagu), ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian), APM (Anugerah Planet Muzik) dan Asian Wave di Shanghai telah tercapai. Jadi apa yang perlu saya lakukan untuk 2013 untuk lebih bekerja keras dan kurang sikit cerita peribadi dan cinta, apa yang pasti saya perlu lebih fokus tahun depan.

Pengarah dan pelakon, Datuk Eizlan Yusof

Biasa azam hanya tinggal azam setiap tahun kerana bila berazam jarang tercapai sebab pada mula-mula lain dan bila sudah beberapa ketika , tumpuan beralih untuk perkara yang lain pula. Jadi saya selalu fokus sahaja dengan apa yang ada depan mata seperti kerja, keluarga dan diri sendiri.

Pelakon, Anzalna Nasir

Kalau hendak ikutkan, memang banyak azam untuk tahun 2013 yang saya nak laksanakan. Tapi antara target saya adalah mahu mengumpul aset dengan membeli kereta dan rumah. Selain itu, saya mahu mengembangkan bakat seni saya dalam bidang pengacaraan dan nyanyian kerana sudah ada tawaran untuknya, tetapi saya masih pertimbangkannya lagi tahun ini. Jika dimurahkan rezeki lagi, niat saya daripada dulu memang mahu membawa ibu bapa saya mengerjakan ibadah umrah dan haji.

Pelakon, Ady Putra

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua yang berada di mata dunia ini serta tak terlepas juga kepada pencinta dan peminat portal Murai. Azam saya untuk tahun baru seperti biasa walaupun bukan di tahun baru pun setiap hari saya mahu ada peningkatan dan semangat menambah dalam setiap apa yang saya lakukan. Harap banyak lagi perkara yang baik yang akan muncul serta nantikan drama dan filem saya seperti drama Semangat Asmara dan Cinta Kasih serta filem seperti Langgar, Isyarat Cinta dan banyak lagi. InsyaAllah saya juga akan menerbitkan sebuah filem pada pertengahan tahun hadapan

Pelakon, Tizz Zaqyah

Rasanya tiap-tiap tahun sama sahaja azamnya iaitu mahu menjadi lebih baik dan bagus dalam kerjaya saya supaya menjadi lebih tepati masa dalam kerja dan sebagainya. Tiada plan terperinci tahun hadapan, tapi yang pasti saya akan muatkan jadual harian saya dengan perkara yang berfaedah iaitu selain bekerja, saya mahu meluangkan masa dengan melakukan kerja-kerja amal. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang bersama dan menyokong saya tahun 2012 dan nantikan produk-produk saya tahun hadapan.

Penyanyi, Hafiz Suip

Tahun 2013 saya benar-benar ingin fokus pada kerjaya nyanyian saya, malah saya akan keluar dengan album baru saya berjudul Hafiz pada Januari tahun hadapan. Saya harap dengan album kedua saya ini orang boleh terima kelainan yang cuba saya bawakan nanti. Malah, saya harap tahun depan, tiada lagi cerita-cerita kontroversi yang melanda diri saya supaya kerjaya seni saya dapat berjalan dengan lancar dan baik.
SES by business degree online promotion team.