Search This Blog

Gosip Yuna Bakal Kerjasama Dengan David Foster, Penerbit Tersohor Amerika Syarikat


Untuk pengetahuan anda, kontrak Yuna bersama syarikat yang memperkenalkannya ke persada antarabangsa FaderLabel telah berakhir baru-baru ini. Namun langkah besar Yuna untuk tahun 2013, besar kemungkinan ialah berkolaborasi bersama David Foster.
cover album yuna

Foster, penerbit tersohor di Amerika Syarikat melalui Twitter mengumumkan akan ada projek dengan Yuna untuk tahun 2013.

I’m really excited about the next hot artist to join @vervemusic … Stay tuned and keep an eye out for @yunamusic in 2013.”
Baik Yuna dan mahupun pengurusnya Wawa Zainal enggan mengulas mengenai tweet tersebut, mungkin segalanya masih dalam perancangan.
Untuk makluman anda juga, Foster ialah pemenang beberapa anugerah Grammy, yang pernah bekerjasama dengan Christina Aguilera, Bryan Adams, The Bee Gees, Air Supply, Andrea Bocelli, Toni Braxton, Michael Buble, Mariah Carey, Charice, Chicago, Destiny’s Child, The Corrs, Neil Diamond, Celine Dion, Earth, Wind and Fire, Josh Groban, Whitney Houston, Beyonce, Janet Jackson dan Michael Jackson.
Walaupun maklumat tentang kontrak jutaan dollarnya bersama Foster masih belum didedahkan pihak media, Yuna telah mengesahkan yang dia kini sedang merakamkan runut bunyi (soundtrack) sebuah filem dengan majikan barunya itu di Los Angeles. Filem apa? Kita nantikan dulu.
SES by business degree online promotion team.