Search This Blog

Top Berita Ramalan Keputusan AJL27 Daripada Firasat Kijang Galah


Setiap tahun, Anugerah Juara Lagu adalah salah satu acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat muzik tanah air. Ahad ini, tepat jam 9 malam, AJL27 akan bersiaran secara langsung di TV3. Beberapa hari lepas, Kijang telah mendapat firasat mengenai keputusan AJL27.
keputusan ajl27
Di dalam firasat tersebut Kijang Galah didatangi oleh Zarina Anjoulie yang membawakan segulung kertas yang tertulis “Keputusan bocor AJL27“. Berikut ialah apa yang tertulis di dalam kertas tersebut:-

1.Juara: Ombak Rindu
2.Naib Juara: Terukir Di Bintang
3.Tempat Ketiga: Patah Seribu
4.Vokal Terbaik: Ombak Rindu (Hafiz & Adira)
5. Persembahan Terbaik: Andaiku Bercinta Lagi (Mojo)

hafiz dan adira
Keputusan ini mungkin tidak betul lebih-lebih lagi Zarina Anjoulie baru sahaja ditangkap kerana dadah baru-baru ini. Apa pula ramalan anda? Siapakah yang bakal bergelar juara AJL27? Kijang Galah senaraikan 12 lagu yang akan berentap pada Ahad malam kelak untuk memudahkan anda membuat ramalan.
1. Terukir Di Bintang (Yuna)
2. Ombak Rindu (Hafiz & Adira)
3. Tanpamu (Amir Jahari)
4. Idola (Azlan & The Typewriter)
5. Pelangi Senja (Stacy)
6. Lagu (Bedroom Sanctuary)
7. Teman Pengganti (Black & Malique)
8. Ku Akui (Hafiz Suip)
9. Simetri (Hazama & Amy Search)
10. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo)
11. Patah Seribu (Shila Amzah)
12. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat)

Sila tinggalkan ramalan anda di ruangan komen. Mari kita lihat siapa yang betul Ahad nanti.
SES by business degree online promotion team.