Search This Blog

Zul Ariffin Bercinta Dengan Gayatri Su-Lin Pillai


Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang “taste” Zul Ariffin selepas dia membuat pengakuan mencintai Gayatri Su-Lin Pillai yang lebih tua daripadanya. Mana taknya, sebelum ini Zul juga pernah mempunyai hubungan dengan Abby Abadi yang juga lebih tua berbanding dirinya.
zul ariffin

Namun hari ini menerusi Berita Harian, Zul menafikan yang dirinya meminati wanita lebih tua. Menurut Zul, dia tertaarik dengan Gayatri kerana personalitinya, bukan usia. Kata Zul:-
Saya tahu ramai yang bertanya hal ini. Tapi sebenarnya, tidak benar saya meminati wanita lebih tua. Saya suka dengan Gaya disebabkan personaliti yang dimilikinya, bukannya melihat kepada umurnya. Boleh dikatakan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Kami baru menjalin hubungan. Mana tidaknya, baru tujuh bulan. Banyak lagi yang perlu kami lalui dan semua ini mengambil masa.
zul ariffin
Nak buat macam mana kan Zul jatuh cinta dengan wanita lebih tua. Asalkan bahagia sudah lah. Lagipun wanita lebih berusia memang lebih matang dan cara berfikir lebih bagus. Tak gitu? Apa kata anda?
SES by business degree online promotion team.