Perkahwinan Siti Fazurina dan Hykal boleh dikatakan penuh dengan kontroversi. Namun begitu, sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang gambar ketika majlis pernikahan mereka berlangsung. Terima kasih kepada The Photolicious, kini pembaca dapat melihat betapa berserinya mereka berdua di hari bahagia.
Restu ibu nak tak nak memang perlu didapatkan. Sekarang ini mereka sudah pun bergelar suami isteri. Jadi Fazurina dan Hykal perlu berusaha untuk memenangi hati si ibu. Selalulah datang melawat, bawak buah tangan dan sentiasa bertanya khabar. Insya-Allah suatu hari nanti pintu hati si ibu akan terbuka jua.
Kepada Fazurina dan Hykal, selamat pengantin baru. Layari rumahtangga dengan penuh kesabaran. Lebih-lebih lagi dengan dugaan yang telah menimpa anda. Semoga berbahagia sehingga ke hujung hayat.