Pelakon Zulkifli Ariffin atau Zul, 26, mengakui hubungannya bersama Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai. Dia yang ditemui pada majlis sidang media Debunga Lalang baru-baru ini, menganggapnya sebagai jodoh dan bukannya mempunyai unsur-unsur lain.
Zul berharap keterbukaannya terhadap kisah hubungan cinta dengan Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai tidak akan menjejaskan kerjaya mereka di masa akan datang.
Dia mengambil keputusan untuk berkongsi perkara itu dengan khalayak kerana tidak mahu timbul sebarang salah faham atau kekeliruan terhadap keabkrapannya bersama Gayatri.
Menurutnya, hubungan cintanya dengan Gayatri adalah atas dasar suka-sama suka dan tiada niat lain walaupun mereka berdua mempunyai jarak umur yang agak jauh berbeza.
“Tiada faedah pun kalau saya hendak sorok hubungan kami ini. Perkara ini sudah kami bincangkan beberapa kali sebelum saya membuka mulut mengenai hubungan kami sekarang. Saya harap hubungan kami tidak akan menjejaskan kerjaya masing-masing,” ujar pelokon muda ini.
Zul menceritakan bibit cinta mereka bermula sejak tujuh bulan yang lalu, selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem ‘Penanggal’ dan Zul sudah pun memperkenalkan Gayatri kepada keluarganya. Apa-pun dia tidak meletakkan sebarang sasaran dalam masa terdekat ini bagi menumpukan perhatian terhadap kerjayanya buat masa sekarang.
Tambah Zul lagi, “Sejak dahulu lagi, saya tidak meletakkan syarat atau had umur dalam menjalinkan sesebuah hubungan dengan wanita. Begitu juga sekarang, cinta saya terhadap Gayatri ikhlas dan saya tidak mahu mengulas lebih banyak lagi dan tidak mahu mengundang persepsi negatif terhadap hubungan kami.”