Search This Blog

Kisah Pelik : Pokok Tumbang Jadi Bengkok Daripada Terkena Kereta Ustaz


koleksi gambar pelik
Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain membeli kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita kan.
Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam keadaan ingin tahu itu, dia tetap redha kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat.

Mohon Pendapat Dan Penjelasan Para Blogger Sekalian : Alkisah Seorang Blogger

blog yang telah tiada

Alkisahnya tersebut di suatu masa dahulu kala wujudlah seorang blogger ni yang telah mewujudkan satu blog. Berbekalkan webhosting daripada NetKL dia mula blogging mengikut cita rasanya sendiri.

Sudah kesekian lamanya beliau menjalani kehidupan sebagai seorang blogger dikala usia mudanya, beliau pun mengambil keputusan untuk menjalani kehidupan realitinya sebagai seorang manusia biasa diluar sana. Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang manusia dengan mencari rezeki yang halal.

Blognya ditinggalkan bersama kenangan alam mayanya di dalam blog tersebut. Nak dijadikan cerita, takdir penentu segalanya. Setelah sekian lamanya, blogger ini bertemu semula dengan alam maya yang pernah memberikan pahit manis kehidupan sebagai seorang blogger tegar.

Tapi malangnya blog blogger ini telah lama tidak dibayar webhosting bersama domain nya. Malang tidak berbau, begitulah perumpaan yang sesuai kerana blognya telah tiada lagi dialam maya ini. Blogger ini telah pergi LogIn semula di NetKL dan menemukan semula blog beliau yang tertunggak bilnya.

Persoalannya disini :-
  • Adakah patut blogger ini membayar semula blog lama beliau yang tertunggak bilnya yang tidak diketahui jumlah tahunnya? 
  • Apakah blogger ini akan dapat semula blogging dengan blog lama beliau setelah beliau membayar bil tertunggak di NetKL?
  • Adakah blogger ini akan menerima semula data-data entri blog lama beliau daripa webhosting NetKL ini?
  • Masihkah NetKL menyimpan data-data blog beliau?
Harapan blogger ini adalah hendaknya yang dapat membantu beliau. Terima Kasih.

bantuan blogger webhosting netKL

Koleksi Gambar Umie Aida Di Istanbul Hijab Kekasih : Cantik Berhijab


umie aida bertudung
Pada 26 Disember lalu, pelakon cantik Datin Paduka Umie Aida telah terbang ke Istanbul bersama kakaknya yang juga pengarah terkenal, Erma Fatima. Menerusi ‘caption’ di salah sebuah foto yang dimuat naik oleh Umie Aida, beliau telah memaklumkan bahawa mereka ke Istanbul bagi menjalani sesi penggambaran cerita ‘Hijab Kekasih.’
Untuk cerita ‘Hijab Kekasih’ ini, Umie Aida bakal digandingkan dengan pelakon kacak, Beto Khusyairi. Untuk cerita ini penampilan Umie Aida kelihatan sungguh berbeza dan anggun tatkala menggayakan hijab.
Penampilan berhijab Umie Aida ini turut menarik perhatian peminat dan ramai yang memuji penampilan beliau. Terdapat juga peminat setia yang mendoakan agar pelakon ini terus berhijab meskipun bukan di dalam lakonan.
Jom lihat foto-foto Umie Aida sepanjang berada di Istanbul. Enjoice!!

Koleksi Gambar Comel Bayi Amanda Misbun Dan Hunny Madu


eva and ayesha (hunny madu dan amanda misbun)
Pada bulan Disember yang lalu, dua selebriti tempatan iaitu Hunny Madu dan Amanda Misbun telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka dan masing-masing melahirkan bayi perempuan.
Dalam pada itu, kedua-dua ibu bertuah ini turut melahirkan bayi mereka pada tarikh yang cukup cantik untuk diingati iaitu pada 12.12.12 dan 20.12.2012.
Untuk makluman, Hunny Madu dan suaminya, telah memberikan nama untuk bayi comel mereka sebagai Eva Medina, manakala untuk bayi comel pasangan Amanda Misbun pula diberikan nama sebagai Qisya.
Jom layan foto-foto comel Eva Medina dan Qisya selepas ini.

Gosip Shaheizy Sam Mencari Wanita Yang Tidak Suka Memaksa Untuk Dijadikan Calon Isteri


koleksi gambar shaheizy sam
Ini bukan kali pertama pelakon popular Sheheizy Sam diaju soalan berkaitan jodoh. Malah menurut Sam, dirinya sendiri sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, cuma calon yang betul-betul sesuai sahaja belum ditemui.
“Tahun ini, memang saya ada rasa nak berkahwin dan seterusnya memiliki anak yang ramai. Biar 12 orang sekali pun saya tak kisah, jika itulah rezeki saya. Lagipun saya memang suka melayan kerenah kanak-kanak.”

Gosip Ana Raffali Masih Menanti Anak Sulung


ana rafali menanti anak sulung
Rentak Ana Raffali atau nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd Raffali dalam bidang nyanyian tampak amat perlahan tanpa sebarang kemunculan berskala besar dalam mana-mana program televisyen atau konsert. Entah apa sebabnya, adakah juara Anugerah Juara Lagu 25 ini sudah merajuk dengan industri, atau kini tumpuannya lebih kepada komitmen sebagai seorang isteri kepada Ahmad Aznaim?
Lewat petang semalam, pihak media telah menghubungi penyanyi yang popular dengan lagu ‘Tolong Ingatkan Aku’ bagi mengetahui perkembangannya yang terkini.

Top Berita Ramalan Keputusan AJL27 Daripada Firasat Kijang Galah


Setiap tahun, Anugerah Juara Lagu adalah salah satu acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat muzik tanah air. Ahad ini, tepat jam 9 malam, AJL27 akan bersiaran secara langsung di TV3. Beberapa hari lepas, Kijang telah mendapat firasat mengenai keputusan AJL27.
keputusan ajl27
Di dalam firasat tersebut Kijang Galah didatangi oleh Zarina Anjoulie yang membawakan segulung kertas yang tertulis “Keputusan bocor AJL27“. Berikut ialah apa yang tertulis di dalam kertas tersebut:-

Gosip AJL27 : Aizat Ganti Yuna Nyanyikan Terukir Di Bintang Di AJL27


Sebenarnya Kijang Galah memang sangat kecewa apabila Yuna menarik diri daripada menyanyikan lagu Terukir Di Bintang di AJL27. Bagi Kijang Galah, lagu tersebut ada harapan tinggi untuk bergelar juara sekiranya tuan punya badan sendiri mendendangkan lagu tersebut.
aizat ganti yuna
Setelah ura-ura menyatakan Uji Rashid bakal menggantikan Yuna, hari ini telah disahkan yang Aizat secara rasminya akan menyanyikan lagu Terukir Di Bintang di AJL27 kelak. Diharap Aizat sempat membuat persiapan memandangkan AJL27 hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Kata Aizat kepada Sinar Harian:-

Berita Keterangan Zed Zaidi – Zarina Anjoulie Tidak Akan Dibenarkan Berlakon Sekiranya Didapati Bersalah


Sudah jatuh ditimpa tangga. Malang sungguh nasib si Zarina Anjoulie Lavocah ini. Presiden Seniman, Zed Zaidi hari ini berkata kepada Sinar Harian yang Zarina Anjoulie tidak akan dibenarkan berlakon sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah dalam perbicaraannya kelak.
zarina zed zaidi
Buat masa ini, Zarina Anjoulie telah pun digantung keahliannya daripada Seniman sehingga keputusan mahkamah dikeluarkan berkaitan kes dadahnya. Malah menurut Zed Zaidi, sekiranya ada pihak produksi yang mengambil Zarina Anjoulie walaupun didapati bersalah di dalam perbicaraaan, produksi tersebut boleh diambil tindakan.

Terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain Hiasi Muka Depan Majalah Hijabista


Salah seorang selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijrah memakai tudung pada tahun 2012 ialah Nurul Syuhada Nurul Ain. Tahun 2012 juga menyaksikan Nurul Syuhada berhenti daripada tugasnya di TV3 untuk memfokuskan kepada pembelajaran.
nurul syuhada nurul ain cover page
Tahun 2013 dibuka dengan wajah cantiknya menghiasi muka depan majalah Hijabista. Kijang Galah suka sangat-sangat cover ini. Memang awesome. Kepada Nurul Syuhada, semoga impian dan azam anda pada tahun 2013 akan tercapai.
Berikut beberapa gambar Nurul Syuhada bertudung :-

Gosip Panas : Rianti Cartwright Murtad Kerana Cinta


Koleksi gambar rianti cartwight
Seorang pelakon wanita cantik yang pernah membintangi sebuah filem agama (ayat-ayat cinta) mengaku murtad kerana cinta. Adakah anda kenal dengan nama Rianti Cartwright?
Pelakon cantik tu diberitakan dah murtad apabila memilih untuk berkahwin dengan seorang lelaki Kristian.. Dia memilih untuk gadaikan pegangan agama dia semata-mata kerana cinta.

Gosip Yuna Bakal Kerjasama Dengan David Foster, Penerbit Tersohor Amerika Syarikat


Untuk pengetahuan anda, kontrak Yuna bersama syarikat yang memperkenalkannya ke persada antarabangsa FaderLabel telah berakhir baru-baru ini. Namun langkah besar Yuna untuk tahun 2013, besar kemungkinan ialah berkolaborasi bersama David Foster.
cover album yuna

Foster, penerbit tersohor di Amerika Syarikat melalui Twitter mengumumkan akan ada projek dengan Yuna untuk tahun 2013.

I’m really excited about the next hot artist to join @vervemusic … Stay tuned and keep an eye out for @yunamusic in 2013.”

Gosip Zarina Anjoulie Masuk Lokap, Ahli Keluarga Tak Datang Menjamin


Mungkinkah ahli keluarga Zarina Anjoulie tiada di Malaysia sehingga mereka tidak tahu akan berita penahanan Zarina bersama teman lelakinya pada 30 Disember yang lalu? Ini kerana Zarina sekarang terpaksa meringkuk di dalam lokap akibat tiada seorang pun yang datang menjamin dirinya.
zarina anjoulie
Zarina dikenakan ikat jamin RM2,000 dengan syarat penjamin adalah ahli keluarga. Teman lelaki Zarina telah pun diikat jamin oleh abangnya. Sayangnya tiada ahli keluarga Zarina yang hadir sehingga pukul 4 petang semalam sekaligus menyaksikan dirinya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.

Gosip Dan Koleksi Gambar Tizz Zaqyah Bersama Teman Lelaki Baru


koleksi gambar tiz zaqyah
Sejak putus cinta dengan Remy Ishak pada tahun 2012, tiada lagi kontroversi yang melanda diri Tiz. Kali terakhir Kijang Galah membaca temuramah Tiz bersama Harian Metro, khabarnya hati Tiz sudah pun dimiliki oleh seorang jejaka. Siapakah jejaka itu? Tiz lebih gemar untuk merahsiakannya.
Saya masih Tiz Zaqyah yang sama. Bagi saya, soal cinta biar saya simpan sendiri dan andai orang tahu, ia bukan daripada mulut saya. Saya perasan, peminat kini mula faham prinsip saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada mereka kerana dapat menerima pendirian saya yang lebih memperkatakan soal karier berbanding cerita peribadi.

Movei Trailer Syamsul Yusof, Kamal Adli Dan Hanis Zalikha Dalam ‘Gangster Celop’


Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Excellent Pictures hari ini, filem terbaru hasil kerjasama syarikat tersebut dengan syarikat filem milik Datuk Yusof Haslam, ‘Gangster Celop’, sebuah filem aksi komedi akan menemui penonton mulai 21 Februari 2013 di hampir 70 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
gangster celop

Koleksi Gambar Anne Ngasri Dan Sumali, Cuti-Cuti Malaysia Di Johor


Kami tumpang gembira bila Anne Ngasri, 26, akhirnya bertemu jodoh dengan Mohd Sumali Reduan,40,  setelah tiga tahun menjadi ibu tunggal. Rasanya pilihan Anne kali ini memang tapat dan kemesraan serta kebahagiaan mereka berdua terserlah apabila keduanya kelihatan happy bersama keluarga  di negeri Johor dengan melawat Legoland.
koleksi gambar anne ngasrikoleksi gambar anne ngasri

Gosip Panas Zarina Anjoulie Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah


Pada 30 Disember lepas, seorang pelakon dan juga model yang dikenali kerana kontroversi, Zarina Anjoulie telah ditangkap bersama teman lelakinya dalam satu serbuan polis di sebuah rumah mewah di Damansara Damai kerana menyimpan dadah jenis eramin 5 di situ.
Hari ini, Berita Harian melaporkan yang Zarina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.
zarina anjoulie bogel

Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.

Lagi (9 GAMBAR) Koleksi Majlis Persandingan Apek & Leuniey Daripada The Photolicous


Tak lengkap rasanya jika tidak menatap gambar-gambar majlis persandingan Apek dan Leuniey daripada official photographer mereka iaitu The Photolicious. Mereka berdua nampak seperti putera dan puteri dalam persalinan pengantin masing-masing. Awesome sangat-sangat!!!
gambar sanding apek leuniey
Turut memeriahkan majlis ialah Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Abang Nara suka dengan warna baju pengantin yang bersinar keemasan. Memang menyerlahkan lagi seri Apek dan Leuniey.
scha dan awal

Gosip Yuna Tarik Diri Daripada AJL27


Ini berita yang agak menyedihkan terutamanya buat kipas susah mati Yunalis Zarai. Yuna dilaporkan menarik diri daripada bertanding di AJL27 kerana bertembung dengan jadual proses rakaman albumnya di USA.
yuna tarik diri ajl27

Gosip Panas : Kongsi Gambar Makan McDonalds, Shila Amzah Dihentam Peminat


Kesian pulak Kijang Galah melihat nasib Shila Amzah ini. Semua benda yang dibuat semuanya jadi kontroversi. Terbaru, Shila telah berkongsi gambar dirinya memakan McDonalds di Facebook Shylla. Akibatnya, Shila dihentam teruk oleh peminat-peminatnya.
shila amzah makan mcdonals
Ber”caption“kan “Seblm naik flight smpt lg makan McD Prosperity burger..huhu:)“, ruangan komen di gambar tersebut dipenuhi dengan persoalan mengapa Shila tidak memboikot McDonalds. Rasanya semua orang tahu yang kebanyakan rakyat Malaysia sedang memboikot McDonalds kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel yang menyerang bumi Gaza. Antara komen-komen yang dikeluarkan ialah:-

Gosip Resolusi Selebriti Malaysia Pada 2013

Apakah Resolusi Selebriti Malaysia Pada 2013?


Pejam celik pejam celik bagai tak terasa waktu yang berlalu. Sedar tak sedar, tinggal sehari sahaja lagi kita akan berada dalam alaf 2013 yang bakal membuka lembaran baru dalam hidup setiap insan seni.

Namun pastinya, setiap kali menjelma tahun baru semua orang mahukan yang terbaik untuk masa yang mendatang demi menebus segala yang tidak terlaksana atau tercapai bagi tahun sebelumnya. Tidak terkecuali di kalangan selebriti-selebriti tanah air kita dalam usaha mereka melayari dan mengembangkan kerjaya seni mereka.

Ikuti temubual bersama beberapa selebiriti tempatan tentang azam baru yang mereka impikan untuk tahun 2013 ini :
SES by business degree online promotion team.